Hubungi saya !
hp : 013 265 0281
email :payungmasmona@gmail.com
Powered by Blogger.

Search This Blog

Friday, March 8, 2013

Mari kenali kanak kanak pintar


Ciri ciri positif dari aspek fizikal ,psikologgi dan tingkahlaku kanak kanak pintar cerdas

Pengamatan yang tinggi

Keinginan untuk tahu tinggi
• Ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acara

Minat mendalam
• Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa sebulan atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau dalam hal tersebut
Menerima infomasi dengan pantas 
• Selalu diandaikan seperti span,menyerap segala maklumat dengan cepat dan banyak 

Keinginan untuk tahu tinggi
• Ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acara

Minat mendalam
• Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa sebulan atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau dalam hal tersebut
Menerima infomasi dengan pantas 
• Selalu diandaikan seperti span,menyerap segala maklumat dengan cepat dan banyak 

Ingatan yang tinggi 
• Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat 

Mungkin dapat membaca lebih awal 
• Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun 

Kerap membaca serta meluas
• Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca dengan pantas

Tatabahasa yang tinggi
• Memiliki penggunaan tatabahasa yang canggih serta banyak dan suka menggunakan perkataan yang baru dan unik

Tahap penumpuan yang lama
• Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi tumpuan yang lebih lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya pemikiran


Kebolehan menyelesaikan masalah
• Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi

Suka bertanya dengan lebih teliti
• Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang berlaku

Keupayaan imaginasi yang tinggi
• Mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan segala kebimbangannya

Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial
• Sebagai contoh, perjalanan galaksi,masalah-masalah berkaitan populasi dunia,isu-isu alam sekitar

Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku
• Mudah kecewa walaupun dalam hal-hal yang kecil tetapi boleh mengalir air mata apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu serta sanggup untuk berhenti makan daging kerana sangat simpati terhadap haiwan

Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan
• Sangat teliti dalam hal-hal betul atau salah bukan sahaja untuk diri sendiri malah untu orang lain

Bersemangat dan bertenaga
• Mereka ini kurang tidur berbanding rakan sebaya mereka tetapi mereka masih mampu dan mempumyai tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian

Pandai berjenaka
• Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana rakan-rakan sebayanya langsung tidak memahami

Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan
• Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan dengan sempurna

Perkembangan asynchronous
• Perkembangan fizikal intelektual, emosi dan sosial adalah tidak sekata sebagai contoh kanak-kanak berumur 6 tahun mungkin seperti kanak-kanak 10 tahun inteleknya, kanak-kanak berumur 8 tahun seperti sosialnya dan kanak-kanak 6 tahun dari segi emosinya

Ciri-ciri negatif dan cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas

Permasalah dari segi perkembangan asynchronous

1. Kanak-kanak pintar cerdas ini boleh memahami secara intelektuel mengenai perkara-perkara abstrak tetapi tidak mampu menagani perkara-perkara yang melibatkan konsep emosi yang mana akan membawa mereka ke arah kebimbangan seperti kematian masa hadapan seksualiti dan isu-isu yang lain

2. Perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas mungkin akan membataskan perkara atau kerja yang mereka berupaya menyelesaikannya melalui gambaran intelek mereka. Sikap teliti dan mementingkan kesempurnaan boleh mendorong mereka kearah kekecewaan

3. Mereka boleh terlibat sama dalam perbualan orang dewasa seperti isu-isu global untuk satu minit tetapi selepas itu mereka akan menangis kerana mainan kegemaran mereka diambil oleh seseorang 






Permasalahan dari segi pertuturan yang kehadapan dan kebolehan memberi alasan

1. Kanak-kanak pintar cerdas ini biasanya bersikap tidak mahu mengalah dalam apa-apa perkara. Walaupun begitu mereka tetap kanak-kanak dan memerlukan disiplin yang betul sengguh pun mereka itu bijak

2. Mereka boleh mempengaruhi orang lain. Ibu bapa dan orang dewasa lain perlu mangambil berat supaya mereka tidak menjadi orang yang mampu mempengaruhi orang lain kearah keburukkan.

3. Mereka juga akan cuba bersikap tunjuk pandai terhadap ibu bapa dan guru

Permasalahan dari segi sikap teliti dan kesempurnaan serta masalah emosi yang sensitif

1. Sikap kesempurnaan boleh membawa mereka kepada takut terhadap kegagalan sehingga mereka menjadi seorang yang putus asa

2. Mereka ini memerlukan data-data yang lengkap sebelum manjawap soalan-soalan yang diberikan, mereka sebenarnya lebih suka mencari jawapan sendiri kerana mereka malas untuk bersosial 
3. Sikap sensitivity dan juga perkembangan minda mereka mampu untuk memikirkan hal-hal seperti peperangan, kebuluran, pencemaran, ketidak adilan dan keganasan. Jika mereka terlampau memikirkan isu-isu ini mereka akan mengalami masalah ‘introverted’ dan mungkin menjurus kearah “existential depression”.







Apa itu yang dimaksudkan dengan pintar cerdas, berbakat dan kreatif ?



Apa itu yang dimaksudkan dengan pintar cerdas, berbakat dan kreatif ?

Kanak-kanak yang pintar cerdas kebanyakannya mempunyai potensi yang tinggi dalam 
perkembangan dan pertumbuhan jika dibandingkan dengan seseorang yang normal. Pintar cerdas seringkali dikaitkan dengan seseorang yang mempunyai Intellectual Quotient (IQ) yang tinggi iaitu berada pada tahap IQ 130 dan ke atas. Kamus Dewan Edisi keempat telah mengistilahkan pintar sebagai cekap, pandai, banyak akal, cerdik, licin serta mahir dalam membuat sesuatu pekerjaan.Cerdas pula membawa bermaksud sempurna akal, cerdik, pandai serta pintar.Menurut Kamus Dewan edisi keempat, berbakat bermaksud mempunyai kebolehan semulajadi.Ini bermaksud kanak-kanak yang mempunyai bakat merupakan seseorang yang mempunyai kebolehan yang ada secara semulajadi.





Howard Gardner pula mendefinisikan kecerdasan sebagai satu cara memproses maklumat 
dan juga cara berfikir. Beliau juga berpendapat bahawa kecerdasan merupakan hasil atau produk daripada interaksi antara genetik dan persekitaran yang perlu berada bersama bagi memberi hasil sebenar kepada kecerdasan. Beliau menakrif seseorang itu sebagai seorang yang pintar cerdas apabila mematuhi lapan kriteria khusus, antaranya ialah potensi pengasingan oleh kerosakan otak, kewujudan golongan individu luar biasa, operasi teras yang boleh dikenal pasti sejarah perkembangan yang khusus bersama dengan prestasi yang menggalakan, sejarah evolusi dan evolusi yang boleh diterima akal, disokong dari kajian psikologi, disokong oleh penemuan psikometrik dan kerentetan untuk merekod sistem simbol.



Beliau turut berpendapat bahawa kecerdasan seseorang itu tidak sama seperti cara berfikir 
yang cenderung untuk kekal konsisten dan tidak berkaitan dengan jenis maklumat yang akan diproses ( Sousa D.A. , 2003). Jika mengikut pandangan kajian Jane Piirto (1999), ramai orang yang telah ditanya sebagai responden setuju bahawa terdapat tiga aspek berkaitan pintar cerdas. Aspek yang pertama ialah kebolehan menyelesaikan masalah yang praktikal yang mana mereka akan melihat masalah itu dari pelbagai sudut, memberi sebab-sebab yang logik dan dengan fikiran yang terbuka. 6


Aspek yang kedua pula ialah kebolehan lisan yang mana boleh menangani sesuatu topik 
perbualan dengan baik, membaca dengan kerap dan baik. Pintar cerdas juga boleh dilihat dari aspek sosial yang mana memahami konsep sosial, mengakui kesalahan yang telah dilakukan, mempunyai minat yang umum kepada dunia. MenurutIstilah Persekutuan Amerika Syarikat maksud pintar cerdas yang ditujukan kepada kanak-kanak, pelajar atau belia adalah mereka yang mempunyai potensi dan pencapaian yang tinggi dari segi bidang seperti intelektual, kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan dan juga mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik yang mengagumkan serta mereka ini memerlukan aktiviti atau perkhidmatan yang lain dari yang lain atau istimewa yang tidak dapat di perolehi di sekolah biasa demi meningkatkan tahap kebolehan mereka.




Golongan seperti ini memerlukan program pembelajaran yang berbeza dengan atau 
perkhidmatan yang ke tahap lebih tinggi berbanding dengan program-program yang dianjurkan oleh sekolah untuk pelajar-pelajar normal yang biasa. Program yang khusus adalah perlu bagi menyedari sumbangan mereka terhadap diri sendiri dan negara.Kanak-kanak yang mempunyai pencapaian yang cemerlang termasuk individu yang berpotensi serta berkebolehan dalam manamana enam bidang kecerdasan yang dinyatakan. Bagi definisi kecerdasan berdasarkan sekolah yang baru pula mencadangkan kecerdasan seorang kanak-kanak pintar cerdas berlaku dalam kalangan seluruh masyarakat dalam pelbagai budaya dan tidak semestinya berpandukan keputusan peperiksaan sematamata, tetapi secara dilihat dalam kebolehan individu tersebut yang tinggi dalam intelektual, kreatif dan artistik alam.





Kecerdasan seseorang yang pintar cerdas juga diberi maksud tambahan iaitu lebih kepada 
satu kebolehan yang matang jika dibandingkan dengan kebolehan perkembangan (Jane Piirto, 1999).Sternberg dan Kaufman mendefinisikan pintar cerdas sebagai satu kepintaran yang lebih berfokus kepada kebolehan mengadaptasi, membentuk dan memilih keadaan yang menjurus kepada sesuatu maklumat. Individu yang pintar cerdas boleh mengenalpasti kelemahan dan kelebihan mereka sendiri malah mereka menentukan cara yang sesuai menggunakan kelebihan mereka serta meminimumkan kelemahan mereka




Thursday, March 7, 2013

Definasi Perkembangan Emosi Sosial dan Fizikal



Perkembangan fizikal

Perkembangan fizikal merupakan satu aspek asas yang menekankan asas pertumbuhan dan pembesaran kanak kanak dalam keadaaan sihat , selamat dan ceria. Menurut KurikulumPrasekolah Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia ,2003) perkembangan fizikal kanak kanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaiyu kebersihan alam sekitar , keselamatan , kesihatan dan psikomotor. Ia juga sering dikaitkan dengan kebolehan kanak kanak menggunakan anggota badan ,otot dan koordinasi untuk menjalankan aktiviti harian.

Dalam proses mendidik kanak kanak ,aspek perkembangan fizikal seharusnya diberi perhatian. Seorang kanak-kanak tidak akan dapat berkembang dengan baik sekiranya aspek
ini diabaikan. Misalnya, seorang kanak-kanak yang cerdas tidak akan dapat mencapai
kejayaan sekiranya kanak-kanak ini mengalami masalah kesihatan atau persekitarannya
kurang sihat. Oleh itu, kanak-kanak ini perlu diberikan pendedahan dalam cara amalan dan
langkah untuk menjaga kebersihan persekitaran kanak-kanak tersebut.


Suatu proses perkembangan juga melibatkan interaksi antara kematangan kanak-kanak
dan aktiviti pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak tersebut. Menurut Wright dan
Sugden (1999) dalam model peralihan, mereka mengaitkan kematangan individu dengan
proses pembelajaran dan pengalaman. Proses pembelajaran ini pula berlaku dalam ruang
persekitaran serta perlu memenuhi kehendak khusus aktiviti yang diberikan kepada kanakkanak tersebut.

Perkembangan sosial 

Syamsu Yusuf (2007), menyatakan bahawa perkembangan sosial merupakan pencapaian
kematangan dalam hubungan sosial. Perkembangan sosial dapat pula diertikan sebagai proses
seseorang belajar untuk menyesuaikan diri terhadap norma-norma kelompok, moral dan
tradisi dengan meleburkan diri menjadi satu kesatuan dan saling berkomunikasi dan
bekerjasama. Perkembangan sosial pula merupakan satu proses apabila kanak-kanak belajar
berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan
budayanya.



Perkembangan emosi 

Emosi pada mulanya dianggap sebagai tindak balas fizikal yang muncul daripada perjuangan
manusia untuk hidup. Ada pula yang melihat tindak balas emosi itu bersifat sampingan
berbanding dengan apa yang berlaku dalam otak. Kini terdapat pandangan popular tentang
emosi, iaitu emosi adalah fikiran tentang sesuatu situasi di mana manusia itu menemui diri
mereka. Bagi LeDoux (ibid., 12, 40), emosi mempunyai peranan biologi kepada saraf. Beliau
seterusnya menyatakan bahawa emosi tidak muncul daripada perasaan yang sedar tetapi ia
lahir daripada perlakuan dan pengkhususan-pengkhususan fisiologi, iaitu tindak balas
badaniah yang dikawal oleh otak yang membolehkan manusia terselamat daripada ancaman
persekitaran.

Perkataan emosi berasal daripada perkataan Latin motere yang bermaksud bergerak.
Emosi atau motus anima secara literal bermaksud “semangat yang menggerakkan kita”
(Cooper dan Sawaf, 1997). Dengan kata lain, emosi secara implisit cenderung untuk
bertindak. Hakikat ini jelas apabila data yang diperolehi daripada kajian-kajian neurobiologi
memperlihatkan bahawa setiap emosi mempersiapkan tubuh manusia dengan sejenis tindak
balas biologi. Misalnya, apabila muncul emosi marah maka tambahan darah mengalir di
tangan dan ini menyebabkan ia mudah untuk mengambil sesuatu seperti senjata, degupan
jantung meningkat dan hormon seperti adrenalin banyak dihasilkan untuk membentuk tenaga
yang kuat untuk bertindak.
Emosi ialah satu perasaan afektif yang dialami oleh seseorang individu dalam sesuatu
keadaan yang memberi makna kepada dirinya. Emosi juga ditakrifkan sebagai tindak balas
atau kebangkitan yang ditonjolkan keluar sebagai ransangan kepada perasaan emosi. Oleh itu,
proses kanak-kanak berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masayarakat dikenali sebagai
sosioemosi.