Apa itu yang dimaksudkan dengan pintar cerdas, berbakat dan kreatif ?
Kanak-kanak yang pintar cerdas kebanyakannya mempunyai potensi yang tinggi dalam
perkembangan dan pertumbuhan jika dibandingkan dengan seseorang yang normal. Pintar cerdas seringkali dikaitkan dengan seseorang yang mempunyai Intellectual Quotient (IQ) yang tinggi iaitu berada pada tahap IQ 130 dan ke atas. Kamus Dewan Edisi keempat telah mengistilahkan pintar sebagai cekap, pandai, banyak akal, cerdik, licin serta mahir dalam membuat sesuatu pekerjaan.Cerdas pula membawa bermaksud sempurna akal, cerdik, pandai serta pintar.Menurut Kamus Dewan edisi keempat, berbakat bermaksud mempunyai kebolehan semulajadi.Ini bermaksud kanak-kanak yang mempunyai bakat merupakan seseorang yang mempunyai kebolehan yang ada secara semulajadi.
Howard Gardner pula mendefinisikan kecerdasan sebagai satu cara memproses maklumat
dan juga cara berfikir. Beliau juga berpendapat bahawa kecerdasan merupakan hasil atau produk daripada interaksi antara genetik dan persekitaran yang perlu berada bersama bagi memberi hasil sebenar kepada kecerdasan. Beliau menakrif seseorang itu sebagai seorang yang pintar cerdas apabila mematuhi lapan kriteria khusus, antaranya ialah potensi pengasingan oleh kerosakan otak, kewujudan golongan individu luar biasa, operasi teras yang boleh dikenal pasti sejarah perkembangan yang khusus bersama dengan prestasi yang menggalakan, sejarah evolusi dan evolusi yang boleh diterima akal, disokong dari kajian psikologi, disokong oleh penemuan psikometrik dan kerentetan untuk merekod sistem simbol.
Beliau turut berpendapat bahawa kecerdasan seseorang itu tidak sama seperti cara berfikir
yang cenderung untuk kekal konsisten dan tidak berkaitan dengan jenis maklumat yang akan diproses ( Sousa D.A. , 2003). Jika mengikut pandangan kajian Jane Piirto (1999), ramai orang yang telah ditanya sebagai responden setuju bahawa terdapat tiga aspek berkaitan pintar cerdas. Aspek yang pertama ialah kebolehan menyelesaikan masalah yang praktikal yang mana mereka akan melihat masalah itu dari pelbagai sudut, memberi sebab-sebab yang logik dan dengan fikiran yang terbuka. 6
Aspek yang kedua pula ialah kebolehan lisan yang mana boleh menangani sesuatu topik

Golongan seperti ini memerlukan program pembelajaran yang berbeza dengan atau

Kecerdasan seseorang yang pintar cerdas juga diberi maksud tambahan iaitu lebih kepada

No comments:
Post a Comment