Hubungi saya !
hp : 013 265 0281
email :payungmasmona@gmail.com
Powered by Blogger.

Search This Blog

Thursday, March 7, 2013

Definasi Perkembangan Emosi Sosial dan Fizikal



Perkembangan fizikal

Perkembangan fizikal merupakan satu aspek asas yang menekankan asas pertumbuhan dan pembesaran kanak kanak dalam keadaaan sihat , selamat dan ceria. Menurut KurikulumPrasekolah Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia ,2003) perkembangan fizikal kanak kanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaiyu kebersihan alam sekitar , keselamatan , kesihatan dan psikomotor. Ia juga sering dikaitkan dengan kebolehan kanak kanak menggunakan anggota badan ,otot dan koordinasi untuk menjalankan aktiviti harian.

Dalam proses mendidik kanak kanak ,aspek perkembangan fizikal seharusnya diberi perhatian. Seorang kanak-kanak tidak akan dapat berkembang dengan baik sekiranya aspek
ini diabaikan. Misalnya, seorang kanak-kanak yang cerdas tidak akan dapat mencapai
kejayaan sekiranya kanak-kanak ini mengalami masalah kesihatan atau persekitarannya
kurang sihat. Oleh itu, kanak-kanak ini perlu diberikan pendedahan dalam cara amalan dan
langkah untuk menjaga kebersihan persekitaran kanak-kanak tersebut.


Suatu proses perkembangan juga melibatkan interaksi antara kematangan kanak-kanak
dan aktiviti pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak tersebut. Menurut Wright dan
Sugden (1999) dalam model peralihan, mereka mengaitkan kematangan individu dengan
proses pembelajaran dan pengalaman. Proses pembelajaran ini pula berlaku dalam ruang
persekitaran serta perlu memenuhi kehendak khusus aktiviti yang diberikan kepada kanakkanak tersebut.

Perkembangan sosial 

Syamsu Yusuf (2007), menyatakan bahawa perkembangan sosial merupakan pencapaian
kematangan dalam hubungan sosial. Perkembangan sosial dapat pula diertikan sebagai proses
seseorang belajar untuk menyesuaikan diri terhadap norma-norma kelompok, moral dan
tradisi dengan meleburkan diri menjadi satu kesatuan dan saling berkomunikasi dan
bekerjasama. Perkembangan sosial pula merupakan satu proses apabila kanak-kanak belajar
berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan
budayanya.



Perkembangan emosi 

Emosi pada mulanya dianggap sebagai tindak balas fizikal yang muncul daripada perjuangan
manusia untuk hidup. Ada pula yang melihat tindak balas emosi itu bersifat sampingan
berbanding dengan apa yang berlaku dalam otak. Kini terdapat pandangan popular tentang
emosi, iaitu emosi adalah fikiran tentang sesuatu situasi di mana manusia itu menemui diri
mereka. Bagi LeDoux (ibid., 12, 40), emosi mempunyai peranan biologi kepada saraf. Beliau
seterusnya menyatakan bahawa emosi tidak muncul daripada perasaan yang sedar tetapi ia
lahir daripada perlakuan dan pengkhususan-pengkhususan fisiologi, iaitu tindak balas
badaniah yang dikawal oleh otak yang membolehkan manusia terselamat daripada ancaman
persekitaran.

Perkataan emosi berasal daripada perkataan Latin motere yang bermaksud bergerak.
Emosi atau motus anima secara literal bermaksud “semangat yang menggerakkan kita”
(Cooper dan Sawaf, 1997). Dengan kata lain, emosi secara implisit cenderung untuk
bertindak. Hakikat ini jelas apabila data yang diperolehi daripada kajian-kajian neurobiologi
memperlihatkan bahawa setiap emosi mempersiapkan tubuh manusia dengan sejenis tindak
balas biologi. Misalnya, apabila muncul emosi marah maka tambahan darah mengalir di
tangan dan ini menyebabkan ia mudah untuk mengambil sesuatu seperti senjata, degupan
jantung meningkat dan hormon seperti adrenalin banyak dihasilkan untuk membentuk tenaga
yang kuat untuk bertindak.
Emosi ialah satu perasaan afektif yang dialami oleh seseorang individu dalam sesuatu
keadaan yang memberi makna kepada dirinya. Emosi juga ditakrifkan sebagai tindak balas
atau kebangkitan yang ditonjolkan keluar sebagai ransangan kepada perasaan emosi. Oleh itu,
proses kanak-kanak berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masayarakat dikenali sebagai
sosioemosi.









No comments:

Post a Comment